Pada 9 Julai 2013 telah berlangsung Majlis Watikah Perlantikan kepada Pelatih Amanjaya Internship. Seramai 31 pelatih telah dipilih untuk menyertai program ini. Program ini adalah usahasama antara Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak dan Barisan Nasional Backbenchers Club (BNBBC) Perak.
Amanjaya Internship 2013 adalah sebuah program pengkaderan politik yang melibatkan mahasiswa-mahasiswa anak Perak bagi mendukung visi dan misi Perak Amanjaya. Program ini juga bertujuan bagi memupuk semangat perjuangan Barisan Nasional dan seterusnya menyuntik semangat patriotisma dan kenegerian pada setiap pelatih.
Setiap pelatih akan ditempatkan di 31 buah Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional sebagai Research Officer atau Pembantu Khas kepada ADUN dan Penggerak Komuniti setempat.
Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak dan BNBBC Perak telah menyenarai pendek 31 orang mahasiswa dari pelbagai latar belakang dan bidang pendidikan. Bidang tugas kepada setiap pelatih terbahagi kepada 4 modul iaitu Pentadbiran, Bancian dan Kajian Sikap, Pengurusan Acara dan Turun Padang 3P (Padang, Perasaan, Penyelesaian)
- Majlis Watikah Pelantikan Pelatih Amanjaya Internship yang berlangsung di
Bangunan UMNO Negeri Perak -
No comments:
Post a Comment