Saturday 27 July 2013

19 Julai 2013

Membantu kerani melakukan kerja-kerja pentadbiran.
Membantu menguruskan urusan borang Dermasiswa Anak Perak


18 Julai 2013

Menyambung kembali menyiapkan surat pekeliling untuk tujuan pengeposan
Di antara senarai penerima ialah :

  • Persatuan / Pertubuhan NGO Parlimen Tambun
  • Jawatankuasa UMNO Bahagian Tambun
  • Jawatankuasa Wanita UMNO Bahagian Tambun
  • Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Tambun
  • Jawatankuasa Puteri UMNO Bahagian Tambun

Surat Pekeliling yang telah siap dan sedia untuk di pos kepada penerima-penerima. =)






Menerima arahan dari Pegawai Khas, En. Salehuddin Bin Mohd Taib untuk pergi ke Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) untuk mengambil lukisan pelan mengenai projek cadangan menaiktaraf jambatan Manjoi, di Jalan Menteri, Kampung Manjoi, Ipoh, Perak.
Berjumpa dengan Pegawai dari MBI untuk mengambil lukisan pelan dan berbincang mengenai kemajuan kerja bagi projek berkenaan.

Pejabat Jurutera Bandaraya - Bahagian Jalan
Pergi ke tapak projek Jambatan Manjoi untuk memantau kemajuan kerja.
Berbincang dengan wakil dari sub kontraktor, iaitu Mr. Yong mengenai kemajuan kerja sehingga ke hari ini.
Berikut merupakan kemajuan kerja bagi projek ini pada 18 Julai.










17 Julai 2013

Menerima tugasan dari YB Ziad mengenai projek menaiktaraf kawasan tapak pasar malam kawasan Taman Jati, Ipoh, Perak. YB Ziad mengarahkan supaya pergi ke tapak projek untuk memantau kawasan dan mengenalpasti beberapa cadangan penambahbaikan bagi projek menaiktaraf kawasan tapak pasar malam ini.

Berikut merupakan contoh lakaran kawasan tapak pasar malam Taman Jati selepas dinaiktaraf.



Antara cadangan penambahbaikan :

  •  Membina surau untuk kegunaan para peniaga dan para pengunjung
  • Menaiktaraf tar yang sedia ada
  • Membina konkrit slab 
  • Membina guardrail
  • Menambah tiang lampu lisight





16 Julai 2013

Membantu kerani menyiapkan surat pekeliling.
Menyambung kembali mengupdate sistem fail yang sedia ada
Membantu menguruskan borang Dermasiswa Anak Perak kepada pelajar-pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Instituisi Pengajian Tinggi.

15 Julai 2013

Menerima arahan dari YB Ziad untuk memantau projek-projek yang mendapat perhatian dari YB Ziad.
Selain itu, membantu kerani-kerani melakukan tugas-tugas pentadbiran. 

Memberi bungkusan kurma kepada orang ramai yang berkunjung di Pusat Khidmat ADUN Manjoi.

Ikhlas dari YB Ziad

12 Julai 2013

Membantu kerani untuk mengupdate sistem fail. Banyak fail yang perlu diupdate  kerana Pusat Khidmat ADUN Manjoi baru dibuka pada awal bulan Julai 2013.


Di antara fail-fail yang telah diupdate

Selain itu, membantu kerani untuk menyiapkan surat pekeliling untuk tujuan pengeposan mengenai pemberitahuan pembukaan Pusat Khidmat ADUN Manjoi yang bertempat di Bandar Meru Raya, Ipoh, Perak.




11 Julai 2013

Pada 11 Julai 2013, saya telah melapor diri di Pusat Khidmat Adun Manjoi yang bertempat di Bandar Meru Raya, Ipoh, Perak.


Pusat Khidmat ADUN Manjoi
Melapor diri kepada ADUN Manjoi, YB Mohamad Ziad Bin Dato' Haji Mohamed Zainal Abidin ataupun lebih mesra dikenali sebagai YB Ziad. Berkenalan dengan staf-staf di Pusat Khidmat ADUN Manjoi yang terdiri daripada seorang Pegawai Khas, seorang Pembantu Khas berserta 2 orang kerani.

Pada sebelah petang, YB Ziad mengarahkan saya untuk bersama-sama menghadiri mesyuarat bersama Ahli Jawatankuasa Penyelaras Projek bagi membincangkan mengenai Projek Menaiktaraf Padang Lintau, di Kampung Tengku Hussein, Manjoi, Perak.

Sesi Mesyuarat

Majlis Watikah Perlantikan Pelatih Amanjaya Internship

Pada 9 Julai 2013 telah berlangsung Majlis Watikah Perlantikan kepada Pelatih Amanjaya Internship. Seramai 31 pelatih telah dipilih untuk menyertai program ini. Program ini adalah usahasama antara Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak dan Barisan Nasional Backbenchers Club (BNBBC) Perak.

Amanjaya Internship 2013 adalah sebuah program pengkaderan politik yang melibatkan mahasiswa-mahasiswa anak Perak bagi mendukung visi dan misi Perak Amanjaya. Program ini juga bertujuan bagi memupuk semangat perjuangan Barisan Nasional dan seterusnya menyuntik semangat patriotisma dan kenegerian pada setiap pelatih.

Setiap pelatih akan ditempatkan di 31 buah Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional sebagai Research Officer atau Pembantu Khas kepada ADUN dan Penggerak Komuniti setempat.

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak dan BNBBC Perak telah menyenarai pendek 31 orang mahasiswa dari pelbagai latar belakang dan bidang pendidikan. Bidang tugas kepada setiap pelatih terbahagi kepada 4 modul iaitu Pentadbiran, Bancian dan Kajian Sikap, Pengurusan Acara dan Turun Padang 3P (Padang, Perasaan, Penyelesaian)

                        - Majlis Watikah Pelantikan Pelatih Amanjaya Internship yang berlangsung di
                                                      Bangunan UMNO Negeri Perak -

ADUN Manjoi

Jom kenali ADUN Kawasan Manjoi...
YB Hj. Mohamad Ziad Bin Dato' Haji Mohamed Zainal Abidin